Bagi menjanjikan pengalaman tontonan berkualiti dan karya terbaik disajikan buat tatapan rakyat Malaysia, Astro terus meneroka arena antarabangsa.<br /><br />Terbaharu, syarikat penyiaran terkemuka ini menerusi Astro Shaw telah mendapat lesen hak cipta drama bersiri 'Liar' dan 'Call My Agent' untuk diadaptasi ke dalam format malaysia melalui produksi All3media International.